Memaparkan catatan dengan label Islam Semua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam Semua. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2011

Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa.  Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. 
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua  tangannya sambil berdoa , "Tuhan, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin" 

Ahad, 7 Ogos 2011

Dunia Itu Milik-Nya

Alhamdulillah...

Hari ini nampaknya seluruh umat islam telah menunaikan ibadah wajib ramadan selama 7 hari. Mungkin ini adalah petanda Allah masih sayangkan kita semua untuk meneruskan kewajiban Rukun Islam ke3. Selama ini, pernakah kita berhenti dan berfikir sejenak, mengapa Allah masih memberi kita nyawa pada hari ini?!, ya, mungkin kerana Allah masih sayangkan kita dan hamba-Nya yang lain untuk meneruskan serta menambah amalan. Atau barangkali juga kerana kita masih mempunyai misi yang telah ditetapkan pada sesuatu umur tapi masih belum sampai kepada misi itu. Disini saya berfikir sedemikian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...