Memaparkan catatan dengan label Minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minda. Papar semua catatan

Khamis, 18 Ogos 2011

Tempayan Yang Retak

Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.
"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..
Semua peserta mengangkat tangan.
"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.
Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"
Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.
"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"
Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..
Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.
"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.
Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.
"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.
Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.
"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."
"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.
Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.
"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."
"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.
Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...
Moral:
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

Ahad, 7 Ogos 2011

Dunia Itu Milik-Nya

Alhamdulillah...

Hari ini nampaknya seluruh umat islam telah menunaikan ibadah wajib ramadan selama 7 hari. Mungkin ini adalah petanda Allah masih sayangkan kita semua untuk meneruskan kewajiban Rukun Islam ke3. Selama ini, pernakah kita berhenti dan berfikir sejenak, mengapa Allah masih memberi kita nyawa pada hari ini?!, ya, mungkin kerana Allah masih sayangkan kita dan hamba-Nya yang lain untuk meneruskan serta menambah amalan. Atau barangkali juga kerana kita masih mempunyai misi yang telah ditetapkan pada sesuatu umur tapi masih belum sampai kepada misi itu. Disini saya berfikir sedemikian.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Doa dihidupkan Hati

Assalamualaikum...

"Ya ALLAH, TUHAN yang Maha Hidup, yang Berdiri Sendiri, Pencipta Langit dan Bumi, TUHAN yang Maha Besar dan Maha Mulia. Ya ALLAH, tidak ada TUHAN yang patut disembah kecuali ENGKAU. aku memohon kepada-MU. Ya Tuhan Yang Maha Kasih Sayang"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...