Bersihkanlah
dirimu sebelum kamu dimandikan. Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan dan
solatlah kamu sebelum kamu disolatkan..
Tutuplah
'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan dengan kain kafan
yang serba putih…
Pada
waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih….
Selepas
itu kamu akan diletak di atas lantai. Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah dengan
empat kali takbir dan satu salam berserta Fatihah, Selawat dan doa sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah……
Tapi
apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat
sepanjang hidup?