Ahad, 7 Ogos 2011

Dunia Itu Milik-Nya

Alhamdulillah...

Hari ini nampaknya seluruh umat islam telah menunaikan ibadah wajib ramadan selama 7 hari. Mungkin ini adalah petanda Allah masih sayangkan kita semua untuk meneruskan kewajiban Rukun Islam ke3. Selama ini, pernakah kita berhenti dan berfikir sejenak, mengapa Allah masih memberi kita nyawa pada hari ini?!, ya, mungkin kerana Allah masih sayangkan kita dan hamba-Nya yang lain untuk meneruskan serta menambah amalan. Atau barangkali juga kerana kita masih mempunyai misi yang telah ditetapkan pada sesuatu umur tapi masih belum sampai kepada misi itu. Disini saya berfikir sedemikian.

Kita masih mempunyai misi yang belum ditunaikan kepada keluarga, agama, bangsa dan juga negara. ya, mungkin anda berkata "sudah", tapi pernahkah anda fikir bahawa misi dan tanggungjawab yang telah kita lakukan itu yang Allah mahukan. mungkin juga Allah mahu menguji sejauh mana kesabaran serta ketabahan kita menghadapi ujian-Nya

Renung-renungkan, semoga Allah merhmati kita semua hamba-Nya. Amin

2 ulasan:

Eena Arrina berkata...

munasabah amat bgus apalagi time bulan ibadah ni :)

Tanpa Nama berkata...

jika direnungkan memang kehidupan ini sesuatu yang unik dan perlu diamati dengan cermat setiap kejadian yang di qoda dan qadarkan pada kita. Menyedari hakikat umur amat singkat berbanding umat terdahulu tentu ada hikmah tersirat disebalik semua itu. Umur merupakan nikmat yang dipinjamkan oleh Allah kepada yang dikehendaki olehNya selagi mungkin nikmat itu tidak dipersia-siakan oleh sipenggunanya. Acapkali kita lihat, dengar dan saksikan ada saudara mara, rakan, tetangga dan insan lain pergi meninggalkan kita dalam keadaan mengejut, sakit dan pelbagai cara. Tua dan muda tiada bezanya. Adakah mereka telah cukup sempurna di sisiNYA untuk mendepani alam sana atau terpaksa ditarik nikmat usianya kerana dia terlalu mensia-siakannya...hanya Dia yang tahu asbab dan musababnya. Justru sebagai insan yang masih bernyawa kita perlu melihat semua itu dari mata hati agar lebih bersedia setiap masa. Semoga kita semua diberikan kematian husnul khotimah dan sentiasa mendapat reda illahi di dunia dan alam sana. Mencari makna nikmat umur adakalanya di alpakan oleh nikmat dunia yang pelbagai ronanya. Pangkat, kekayaan, kecantikan dan pelbagai sifat majmummah seperti angkuh, sombong dan suka dipuja-puja. Semoga kita sentiasa terjaga dan tidak lupa mengingatinya selalu dan iklhaslah dalam setiap amalan dan perbuatan semasa. Semoga kita mendapat reda illahi serta keampunannya selalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...