Memaparkan catatan dengan label Ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadan. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2011

Cecah Dahi Ke Sejadah...

Ini untuk renungan kita bersama untuk bekalan hari yang mendatang..
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan. Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan..
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan dengan kain kafan 
yang serba putih…
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih….
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai. Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta Fatihah, Selawat dan doa  sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah……
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Rahsia Solat

Assalamua'laikum wr wb
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu  atau
panduan bagi yang baru tahu...... 

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.  
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar nangkir di dalam kubur. 
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Ahad, 7 Ogos 2011

Dunia Itu Milik-Nya

Alhamdulillah...

Hari ini nampaknya seluruh umat islam telah menunaikan ibadah wajib ramadan selama 7 hari. Mungkin ini adalah petanda Allah masih sayangkan kita semua untuk meneruskan kewajiban Rukun Islam ke3. Selama ini, pernakah kita berhenti dan berfikir sejenak, mengapa Allah masih memberi kita nyawa pada hari ini?!, ya, mungkin kerana Allah masih sayangkan kita dan hamba-Nya yang lain untuk meneruskan serta menambah amalan. Atau barangkali juga kerana kita masih mempunyai misi yang telah ditetapkan pada sesuatu umur tapi masih belum sampai kepada misi itu. Disini saya berfikir sedemikian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...