Tersebutlah satu kisah bahawa
sewaktu Nabi Musa AS telah sampai di negeri Mesir setelah kembali dari negeri isteri
Baginda di Madyan, maka Baginda telah menyampaikan risalah keRasulannya dan
ajaran-ajaran agama yang telah diterima dari Tuhannya sewaktu menyendiri di
bukit Tursina (Sinai) di lembah Thuwaa dengan ayat-ayat dalam kitab Taurat.
Bahawa kamu menyembah Allah
dan janganlan kamu persekutukan-Nya dengan sesuatu pun!
Akhirnya sampailah seruan dan
ajaran Nabi Musa ini ke satu negeri kecil yang jauh terpencil di hulu sungai
Nil. Nama negeri itu Qiryah. Adapun penduduk negeri ini
antara seribu ke tiga ribu orang yang kebanyakannya terdiri dari suku-suku Bani
Israil. Di antara orang-orang beriman yang tinggal di sana termasuklah seorang pemuda yang bernama
Abdullah Syarafi. Pemuda tersebut tidak berasa puas hati sekadar beriman begitu
saja kepada Allah SWT, malahan timbul keinginan dalam dirinya untuk mengetahui
nyata siapakah sebenarnya Allah, Tuhan yang akan disembahnya nanti.
Perasaan ini mengganggu
benaknya siang dan malam. Akhirnya beliau membuat satu keputusan. laitu dia
akan pergi ke Mesir untuk menemui Nabi Musa AS supaya dapat bertanyakan halnya
itu. Qiryah ialah satu negeri yang
jauh. Perjalanan ke Mesir memakan masa berhari-hari dengan menempuhi berbagai
kesukaran mendaki bukit-bukau, merentasi hutan rimba yang tebal, penuh dengan
binatang buas, melintas pula padang
pasir tandus yang kering kontang. Semua itu sudah terbayang di kotak
ingatannya.
Tetapi adakah itu semua
menghalang beliau untuk meneruskan niatnya. Sama sekali tidak. Abdullah Syarafi
terus bersiap-siap dan pada satu saat dan hari yang dikiranya baik, lalu
mulalah beliau mengatur langkah seorang diri. Sesudah menempuh beberapa
hari perjalanan, kini hutan rimba menanti di hadapannya. Hutan rimba itu
merupakan suatu pemandangan yang mengerikan. Sunyi dari suara manusia. Beliau
terus melangkah semakin jauh ke tengah hutan rimba.
Tiba-tiba, beliau dikejutkan
oleh satu pemandangan yang menakutkan sekaligus amat menyedihkan. Apa yang
ditemuinya ialah sekujur tubuh manusia yang sudah dianiayai. Tubuh yang cuma
tinggal badan dan kepala itu terlantar di bawah satu pohon. Kedua-dua kaki dan
tangannya telah dipotong. Dia tidak dapat bergerak lagi kemana walaupun sekadar
untuk mengiring ke kiri atau ke kanan. Kaki dan tangannya yang sudah
terpisah itu telah hampir reput dan penuh dikerumui ulat, lalat dan
bermacam-macam binatang kecil yang memakan bangkai. Demikianlah keadaannya
sehingga tiada apa lagi yang dinanti melainkan maut sahaja. Pemandangan itu
amat mengharukan perasaan Abdullah Syarafi.
Namun! Satu perkara sangat
mengejutkan beliau. Dilihatnya beratus-ratus ekor semut bergotong royong
mengusung dengan susah payahnya akan buah-buah hutan. Dengan perlahan-lahan
buah hutan itu dibawa hingga ke mulut insan yang malang itu. Lalu dapatlah dia makan dan
menyambung sisa-sisa nyawa yang masih ada. Kepada Abdullah Syarafi lalu
diceritakan kisah dirinya hinggalah beliau jadi begitu sengsara. Katanya, semua
itu berpunca dari perbuatan satu kumpulan penyamun yang telah merampas harta
bendanya. Kemudian diceraikan pula kaki tangannya dan ditinggalkan di dalam
hutan itu sejak lima
hari yang lalu.
Hanya Allah SWT saja yang
tahu betapa besarnya kesengsaraan yang ditanggungnya. Tetapi rupanya, ajal
belum ditakdirkan untuknya lalu digerak Tuhan akan ratusan semut-semut untuk
membawakan buah hutan sebagai rezekinya. Itulah makanannya sejak
terlantar tidak berkaki dan tidak bertangan. Abdullah Syarafi pun
menceritakan hal ehwal dirinya dan tujuannya untuk ke Mesir. Setelah habis
diceritakan lalu orang itu berkata:
"Kalau begitu, tolonglah
tanyakan kepada Nabi Musa, sesudah sampai begini rupa kekejaman orang terhadap
diriku, maka adakah aku akan masuk syurga dengan menanggungnya?"
Tenang saja Abdullah
menuturkan kata-katanya. Tidak ada rasa takut sedikit pun kerana beliau yakin
bahawa Allah yang sudah dipercayainya diimaninya itu tidak akan membiarkan hal
itu berlaku jika ianya memang tidak ditakdirkan atas dirinya.
"Tetapi," sambung
Abdullah lagi, "Menurut fikiranku, tiada gunanya sama sekali tindakan
tuan-tuan. Bahkan hanya akan mendatangkan kesusahan dan jadi beban pula kepada
tuan-tuan. Kerana jika aku tuan-tuan bunuh, terpaksa pula mayat aku ditanam.
Bermakna tuan-tuan terpaksa menggali tanah. Alangkah banyaknya kerja tuan-tuan
hanya untuk menguruskan sekujur mayatku." Abdullah Syarafi memerhatikan
riak di wajah mereka. Kata-katanya memberi kesan terus ke hati mereka.
Sedangkan manusia diberi akal
oleh Tuhan. Supiaya dapat dengannya kita menimbang buruk baiknya sesuatu yang
akan dikerjakan. Adakah ia memberi faedah atau sebaliknya. .." Demikianlah Abdullah Syarafi
terus berbicara hingga mulalah dia menceritakan hal ehwal dirinya dan tujuan
dia menempuh perjalanan yang penuh bahaya itu. Selanjutnya berkata Abdullah,
"Tuan-tuan, selama mana pun manusia hidup, akhirnya. akan mati juga.
Dan kelak sesudah mati,
tiap-tiap manusia akan menghadapi pengadilan Tuhan. Menerima hukuman atas
segala kejahatan yang telah dilakukannya. Jadi, bertaubatlah tuan-tuan dan
berhentilah dari kejahatan ini sementara pintu dan jalan untuk taubat masih
terbuka." Demikianlah Abdullah
mengakhiri nasihatnya. Dengan kehendak Allah jualah, maka segala tutor kata dan
nasihat Abdullah Syarafi yang bersungguh-sungguh dian dengan penuh ikhlas itu
rupanya menyelinap masuk ke dalam hati mereka langsung meresap masuk ke dalam
perasaan keinsafan.
Lantas berbicara seorang dari
mereka. "Bagaimanakah kami akan bertaubat Sedangkan dosa-dosa kami sudah
terlalu amat banyak. Sudah sekian banyak harta benda manusia yang kami rampas, kami
samun. Belum lagi dihitung penganiayaan yang telah kami lakukan terhadap
mereka. Adapun nyawa manusia sahaja, sudah sembilan puluh sembilan yang terbang
melayang.
Tetapi, meskipun demikian,
memang kami telah mempunyai rasa takut terhadap azab-azab Allah di akhirat
kelak. Oleh kerana tuan hamba akan pergi bertemu Nabi Musa, maka tolonglah
tanyakan keadaan kami ini. Adakah Allah akan menerima taubat kami ini.. ?"
"Baiklah, akan hamba
tanyakan kepada Nabi Musa," jawab Abdullah Syarafi dan dia pun meneruskan
perjalanannya.
Selanjutnya, tinggal satu
pertiga saja lagi perjalanannya, Abdullah Syarafi sedang melewati padang pasir yang tandus
pula. Terdapat bukit-bukit berbatu-batan di beberapa tempat.
Tiba-tiba, beliau terserempak
pula dengan seorang perempuan yang tinggal dalam sebuah gua batu. Perempuan
setengah umur itu didapatinya tinggal di situ seorang diri. Wanita separuh umur itu
sedang tekun beribadah ketika Abdullah Syarafi terpegun melihatnya dengan rasa
kagum. Takala dia sudah selesai dari
solatnya dan mendapati ada seorang pemuda tercegat di pintu guanya maka
terkejutlah dia seraya membentak, "Siapa kamu? Apa yang kamu mahu? Adakah
kamu hendak mengganggu ibadatku di sini?"
"Tidak! Sama sekali
tidak bahkan hamba tidak tahu menahu adanya tuan hamba di sini. "Jawab
Abdullah dengan tenang saja. Dan tidak langsung terlintas dalam benaknya untuk
berlaku jahat.
"Tapi hamba amat hairan.
Sebab melihat keadaan tuan hamba yang sendirian di sini. Jauh dari manusia dan
tekun pula beribadah. Tidakkah tuan hamba berasa takut tinggal seorang di sini?
Bahkan hamba pada mulanya menyangka tuan hamba ini entahkah jin atau peri yang
menghuni tempat ini. Bolehkah tuan hamba menceritakan mengapa tuan hamba berada
di sini?"
"Tuan hamba pula dari
mana dan apa tujuan?" Tanya perempuan itu pula.
Lalu untuk kali ketiganya, Abdullah Syarafi pun menceritakan hal ehwal dirinya
dari mula dia beriman dengan risalah yang disampaikan oleh Nabi Musa AS
hinggalah dia menempuh perjalanan yang serba sukar, bahaya dan meletihkan itu. Setelah itu perempuan itu
pula menceritakan hal ehwal dirinya. Maka fahamlah oleh Abdullah bahawa
perempuam itu berada di situ kerana mahu mengasingkan dirinya dari manusia
untuk melakukan ibadatnya dengan tekun. Tidak diganggu oleh sesiapa.
Dia juga berasal dari Mesir. Sudah bersuami dan punya beberapa orang anak. Tetapi lantaran berasa
khuatir, semua itu akan menghalanginya dari melakukan ibadat kepada Tuhannya,
maka dia pun ber'uzlah' ke tempat sunyi itu.
"Hamba senang berada di
sini." Tambah wanita itu lagi, "Asyik beribadat. Siang berpuasa.
Malam beramal. Hidup hamba kini semata-mata untuk Tuhan dan hamba tidak lagi
rasa khuatir akan terganggu oleh urusan rumah tangga, suami dan anak-anak juga
masyarakat dan oleh kerana tuan hamba akan pergi bertemu Nabi Musa, tolonglah
tanyakan kepada Baginda, adakah Tuhan menerima sekelian ibadat dan amal hamba
ini dan memasukkan hamba ke dalam syurga-Nya lantaran demikian banyaknya amalan
hamba ini." "Baiklah. Akan hamba tanyakan."
Lalu Abdullah Syarafi pun mohon
izin dan dia pun berlalu dari situ, Tiada lama kemudian, sampailah dia di Mesir
dan setelah dapat berjumpa dengan Nabi Musa AS maka segeralah dia menyatakan
maksud kedatangannya yang hendak mencari Tuhan supaya biar tentu benar siapa
Allah Tuhan yang hendak disembahnya itu.
Sebelum dia menutup kisah
dirinya, sempat dia nenyampaikan pertanyaan-pertanyaan yang dipesankan oleh
mereka yang ditemuinya semasa dalam perjalanan. Jawab Nabi Musa AS:
"Wahai Abdullah Syarafi!
Engkau fikirkanlah dan renungkanlah akan sifat-sifat dan makhluk bekas
kekuasaan Allah SWT itu. Jangan sekali-kali engkau memikirkan zat Nya. Kerana
engkau tidak akan sama sekali dapat memikir-Nya walau bagaimama sekali susah
payahnya engkau.
Tetapi sentiasalah engkau
akan menemui bukti kewujudan Allah itu pada semua bekas kekuasaannya yakni
kejadianNya. Lihatlah alam yang terbentang ini. Termasuk juga kejadian dirimu
sendiri, adalah menjadi saksi dan bukti akan adanya Tuhan. Dari mana engkau dan
semua makhluk yang ada telah datang dan kemanakah nanti akan pergi?
Wahai Abdullah Syarafi,
jangankan hendak menemui wujudnya Zat Tuhan itu yang memang sudah sengaja
dighaibkan oleh-Nya kepada kita semua sekarang ini. Entah mungkin nanti
dizahirkan-Nya di akhirat, kalau memang hijab sudah diangkatNya. Bahkan sesuatu
yang ada dalam tubuhmu yang kamu sendiri pasti akan adanya dan kamu dapati
bekas-bekas dan kesan perbuatanya, itupun tidak dapat kamu melihatnya. Yakni
ruh kamu sendiri.
Maka apatah lagi Zat Dia yang
telah mengadakan segalanya itu!
Jikalau Allah SWT menzahirkan
Zat-Nya kepada kita ummat manusia sekarang ini... maka apalah gunanya lagi
tugas kami sebagai Rasul utusan-Nya ini. Sedangkan kami ini menyampaikan
khabar-khabar ghaib yang wajib diimani dipercayai itu?
Maka bukankah telah nyata bahawa
ghaibnya Zat Tuhan dijadikan suatu ujian bagi keimanan seseorang hamba."
Termenung. Terpegun dan
bungkamlah Abdullah Syarafi mendengar huraian yang sangat tepat dari Nabi Musa
AS itu. Terus meresap ke dalam relung-relung kesedaran jiwanya akan segala
kebenaran yang dituturkan oleh RasuluLlah Musa AS itu. Dan dia mendengar lagi
huraian-huraian selanjutnya bagi tiga persoalan yang dibawanya.
"Adapun kemudian dari
itu, sehubungan dengan tiga jenis pertanyaan dari tiga golongan yang telah
engkau temui itu, beginilah keterangannya. Adapun yang ditimbulkan oleh
Hakikat Iman seseorang manusia itu, ialah adanya empat macam sifat pada
dirinya: Dua yang wajib diingati dan dua yang wajib dilupakan. Maka dua yang wajib diingati
ialah jasa-jasa orang terutama nikmat Allah terhadap dirinya. Dan kedua, ialah
kesalahan- kesalahan dan kejahatann dirinya terhadap orang lain, terutama
dosa-dosanya terhadap Allah.
Serta dua macam yang wajib
dilupakan, ialah jasa-jasa dan kebaikan dirinya kepada orang lain, termasuklah
amal-amal dan ibadatnya kepada Allah. Serta yang kedua, akan
kesalahan-kesalahan dan kejahatan orang terhadap dirinya. Dari itu, wahai Abdullah
Syarafi, adapun orang yang engkau temui menderita di dalam rimba itu sengsara
dengan sebab kekejaman-kekejaman dan aniaya orang ke atas dirinya, maka ia
telah mengingat-ingati barang yang wajib dilupakan. Dan sebaliknya dia telah
melupakan apa yang wajib diingati.
Diingat-ingatinya kejahatan
penyamun yang dialaminya, tetapi ia melupakan jasa-jasa semut yang telah
disuruh Allah untuk menghantarkan makanan ke mulutnya. Maka dengan demikian itu
dia tidak mempumyai "Hakikat Iman", dan dari itu tidaklah akan masuk
syurga.Begitu pula tentang perempuan
yang engkau temui mengasingkan diri ke tempat yang sunyi itu.
Ketahuilah bahawasanya agama
itu disyariatkan Tuhan kepada umat manusia, ialah untuk membawakan ajaran dan
petunjuk-petunjuk hukum bagi mereka, bagaimana adanya peraturan hubungan dengan
Allah dan hubungan antara manusia.
Nyatalah dengan tindakannya
mementingkan dirinya meninggalkan rumah tangga, suami dan anak-anak serta
masyarakatnya itu, suatu tindakan putus asa, yang dengan sendirinya dia telah
merosakkan ajaran agamanya sendiri kerana ia telah memutuskan hubungannya
dengan manusia.
Padahal, menanggung kesusahan kerana perhubungan demgan manusia itu, baik
berupa hubungannya dalam melayani kepentingan suami sendiri, anak-anak atau
masyarakatnya, adalah yang demikian itu termasuk amal dan ibadat juga baginya.
Dan itu juga termasuk ajaran-ajaran agama kepada manusia.
Dan lagi sebabnya Tuhan
mengharamkan bunuh-membunuhnya dan peperangan terjadi, ialah kerana akibatnya
memusnahkan isi dunia, memutuskan perhubungan antara manusia dan memutuskan
keturunan. Sedangkan tujuan Tuhan ialah supaya dunia ini diramaikan dengan
manusia.
Maka kalau sama sajalah pendapat segala manusia dengan perempuan itu,
yang lelaki tidak hendak beristeri dan yang perempuan tidak pula hendak
bersuami lagi, maka tentulah dengan sendirinya, paling lama sesudah satu
keturunan yang akan datang ini, akan putuslah keturunan manusia, mereka akan
musnahlah dari permukaan bumi. Dari itu, samalah dosanya dengan membunuh orang ramai.
Lagi pula yang dikehendaki
oleh Hakikat-lman, ialah melupakan jasa-jasa diri, termasuk amalan dan ibadat
kepada Tuhan. Maka sikap perempuan itu menunjuk-nunjukkan ibadatnya,
seakan-akan ia telah berasa cukup mengadap Tuhan dengan ibadatnya itu.
Teranglah dengan demikian,
dia pun tidak mempunyai Hakikat-lman. Kerana itu dia tidak akan masuk syurga,
malahan masuk ke dalam golongan isi Neraka.
Tetapi tentang penyamun yang
sembilan orang itu, mereka telah mengakui kesalahan-kesalahannya. Bahkan mereka
telah saling merasa takut akan hukum siksaan, akibat daripada dosa-dosanya itu.
Maka justeru kerana itulah
mereka telah bertanya tentang taubat kepada aku. Jikalau tiada kerana
keinginannya hendak bertaubat itu, tentulah mereka tidak akan bertanya
sedangkan Allah SWT. tidak pernah menutup pmtu taubat buat sekalian hamba-Nya
(kecuali dosa syirik), sekalipun banyaknya dosa-dosanya itu memenuhi ruang
langit.
Dari itu, dengan demikian
merekalah yang mempunyai Hakikat Iman. Dan jikalau mereka meneruskan taubatnya
itu, maka merekalah yang akan masuk syurga ...."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan