Rabu, 10 Ogos 2011

Pengantin Remaja

Cadangan Kerajaan Melaka menubuhkan sekolah khas bagi remaja hamil dan menggalakkan kanak-kanak atau remaja bawah umur terbabit berkahwin.

Adakah ini penyelesaian terbaik menangani kes buang bayi???
Ianya MUNGKIN akan dijadikan alasan menghalalkan perzinaan di kalangan masyarakat Negara ini khususnya para remaja...

Membenarkan remaja bawah umur berkahwin bermakna meletakkan beban dan tanggungjawab berat sebagai ibu atau bapa atas bahu mereka. Jika mereka belum bersedia dengan tanggungjawab berat ini, dikhuatiri ia membuka lebih ruang berlaku perceraian pada usia muda.

Memang tidak ada larangan had umur untuk berkahwin dalam Islam. Hadis diriwayatkan Siti Aisyah, “Bahawasanya Nabi SAW telah mengahwini Aisyah sedang ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Yang jelasnya larangan mendekati atau melakukan zina adalah jalan terbaik. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah Al-Isra, ayat 32)
APA PANDANGAN ANDA DENGAN CADANGAN SEKOLAH KHAS & PENGANTIN REMAJA...???


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...