Selasa, 9 Ogos 2011

Rahsia Solat

Assalamua'laikum wr wb
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu  atau
panduan bagi yang baru tahu...... 

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.  
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar nangkir di dalam kubur. 
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Selamat Datang Bulan Ramadhan..........

Assalamualaikum..
Renungan untuk teman2-ku,

RamadhanMubarak!

Do'a Malaikat Jibril  :

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yangberikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masihada);

Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;

Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Amalan Mulia Dibulan Ramadan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera!
 
bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan..segala pahala amalan akan dilipatgandakan..jangan biarkan bulan tersebut datang dan pergi begitu sahaja...penuhilah bulan tersebut dengan amalan supaya hidup kita diberkati Allah ...Insyaallah
selamat berpuasa buat semua...
Kalau nak kurangkan dahaga dan lapar di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaallah kurang lapar dan dahaga.

Si Buta & Si Gajah


Dalam suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah dengar.
Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata, "Meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba."
Perwaklilan yang dilantik terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing terus memainkan peranan.
Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang terpegang gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah. Setelah puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk gajah ajaib itu. 

Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa.  Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. 
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua  tangannya sambil berdoa , "Tuhan, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin" 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...