Rabu, 10 Ogos 2011

Airmata Sahabat

Dalam kitab 'Sifat ash-Shafwah Ibnu al-Jauzi menyebutkan Pada suatu hari Abdurrahman bin Auf duduk bersama kami dan dia sebaik-baiknya teman duduk dalam majlis. Pada saatnya dia pulang kami mengikutinya sampai ke rumahnya. Dia pergi mandi kemudian duduk bersama kami.

Lalu dihidangkan dihadapan kami sepiring roti besar dan daging. Melihat hidangan itu menangislah Abdurrahman bin Auf, air matanya menitis sampai membasahi bajunya. Beberapa kali mengesatnya namun air mata itu terus mengalir dengan derasnya. Tangisan itu terdengar tersedu-sedu sehinga menyayat hati orang yang mendengarnya.
Hati kami terasa gelisah dibuatnya dan kami pun bertanya padanya, 'Apa yang membuat engkau menangis seperti anak kecil Wahai Abdurrahman bin Auf?'

Pengantin Remaja

Cadangan Kerajaan Melaka menubuhkan sekolah khas bagi remaja hamil dan menggalakkan kanak-kanak atau remaja bawah umur terbabit berkahwin.

Adakah ini penyelesaian terbaik menangani kes buang bayi???
Ianya MUNGKIN akan dijadikan alasan menghalalkan perzinaan di kalangan masyarakat Negara ini khususnya para remaja...

Membenarkan remaja bawah umur berkahwin bermakna meletakkan beban dan tanggungjawab berat sebagai ibu atau bapa atas bahu mereka. Jika mereka belum bersedia dengan tanggungjawab berat ini, dikhuatiri ia membuka lebih ruang berlaku perceraian pada usia muda.

Di mana nak cari bini yang 'ori'? Banyak 'Second-hand'

Dikongsikan Oleh Ustaz Saiful Bahri

Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin. Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 

Selasa, 9 Ogos 2011

Cecah Dahi Ke Sejadah...

Ini untuk renungan kita bersama untuk bekalan hari yang mendatang..
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan. Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan..
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan dengan kain kafan 
yang serba putih…
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih….
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai. Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta Fatihah, Selawat dan doa  sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah……
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...