Suatu pagi, seorang
anak muda yang dirundung malang
bertemu seorang tua yang bijaksana. Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya
serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu
menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam
kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan
teliti dan saksama.
Dia kemudian
mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia
menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.
"Cuba, minum ini
dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu.
"Masin sampai
pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya
sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.
Kemudian, dia
mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran
tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi
perigi yang tenang itu.
"Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?" tanya John pada George.
"Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?" kata George.
"Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama."
"Saya tidak mungkin dapat sertai Khidmat Negara!" kata Hamid seorang pemuda yang enggan masuk kursus wajib Khidmat Negara.
"Mengapa tidak? " tanya Rekrut yang mendaftarnya.
"Kerana kaki saya yang satu lebih panjang daripada kaki yang lain."
"Jangan risau. Di tempat kau akan berkhidmat tanahnya juga tidak rata”.